love

Selasa, 28 Disember 2010

.: rahsia aku ?:.

ahaha!
ni nak share nan korang sume
ape kelebihan orang tulis tangan kiri
atau lebih dikenali sebagai kidal

sebelum shida tulis pasal kelebihan otak kanan nan kiri.
ni aku pulak citer kelebihan orang kidal
sebab aku pun dalam golongan sebegitu.

baca sampai abes yepp !
teima kasih !

Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk. melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ). Hubungan kidal dengan otak Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.

Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.

Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

brainorg
Hubungan kidal dengan otak
Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.

Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.

Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

* aku memang dari kecik mak aku latihkan tulis tangan kanan
tapi entah,,memang dah semula jadi.

Individu kidal cenderung merasa cemas ataupun malu dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan.
* kenyataan aku ada centuh..hehe

TOKOH-TOKOH KIDAL
1. Presiden Amerika Syarikat
I. James A. Garfield (1831-1881) 20th
II. Herbert Hoover (1874-1964) 31st
III. Harry S. Truman (1884-1972) 33rd
IV. Gerald Ford (1913- ) 38th
V. Ronald Reagan (1911 – ) 40th
VI. George H.W. Bush (1924- ) 41st
VII. Bill Clinton (1946- ) 42nd
VIII. Barrack Obama 44th ( Mccain juga seorang kidal )

2. Tokoh ternama
v Aristotle (Ahli falsafah)
v Mahatma Gandhi (tokoh keamanan),
v Isaac Newton (saintis)
v Albert Einstein (saintis)
v Henry Ford Jr., (automobil)

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN
1. Kesukaran bagi individu kidal:
Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dll ) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.

*tengok ah aku dalam kelas..terpusing sampai 90'c aku tulis

2. Kelebihan bagi individu kidal:
Tulisan Arab:
· Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.
* memeang aku suka lah bila tulis jawi nih. senang dan mudah.

Kreativiti:
· Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.

*bab2 kreativiti tu adalah sikit.aku suka bagi idea kat orang.
kalau dulu masa sekolah rendah,
aku antara orang2 terataslah bila ada pertandingan kraf tangan.
aku akui sangat benci melukis.
tapi hakikatnya bila aku boring dengar cikgu mengajar,
aku akan conteng,lukis2 papetah atas kertas.


Orang kidal pintar?
Memang ramai individu kidal yang tersohor tetapi kepintaran mereka bukan kerana kidal tetapi kerana mereka menggunakan 80%-90% otak. Mengikut pendapat aku, individu kidal bukan sahaja menggunakan otak kanan secara maksima,tetapi juga menggunakan otak kiri lebih banyak dari orang biasa yang menggunakan otak kanannya. Orang kidal menggunakan lebih banyak bahagian otak kerana secara ringkasnya mereka juga melakukan beberapa kerja menggunakan tangan kanan selain menggunakan tangan kiri mereka dan secara automatik mereka menggunakan kedua-dua belah bahagian otak lebih dari orang kebiasaan. Bukan semua kidal tu pandai tapi yang pasti, tak kira kidal atau tidak, kalau malas buat kerja.

 * emm haha!
jangan men2 nan orang kidal..hehe

aku dulu memang agak sukar nak ubah tangan makan tangan kanan
tapi bila mak aku kata,
makan tangan kiri uh kawan syaitan,
terus aku berusaha tukar tangan

tapi sampai sekarang aku still lagi makan bila guna sudu,
guna tangan kiri.

banyak bendalah yang kebanyakannya aku pegang guna tangan kiri.
agak terkial2 bila wat kerja rumah,potong sana-sini.
korang yang guna tangan kanan mesti ada kelebihan tersendiri kan?

Info ni aku ambil dari http://alkiram.net/salam/.

selamat baca yepp !
MU BACO MU PIKIR BANYOK2 :)

copyright@nisakhamidi