love

Jumaat, 10 Jun 2011

.: masa kat sekolah rendah :.

elloo
nak bukak sekolah baru nak citer pasal bende neh.
bila teringat balik masa kecik2 dulu. rasa lawak pulak. meh sini aku kongsi satu citer nan korang.

agak2nye ape cikgu sekolah akan cakap kalau kite tak siap keje sekolah yang diberi? ha ha jangan jawab!

'sape tak siap keje sekolah cikgu ROTAN nanti...'sambil mengetuk meja dengan rotan yang dipegang~ cikgu tadika
'sape tak siap keje sekolah siaplah kamu nanti !'sambil merenung tajam kat budak2 target cikgu~cikgu sekolah rendah
'sape tak siap keje sekolah. cikgu senang je. amek name kamu pastu bagi kat pengetua...'~cikgu sekolah menengah

cakap pasal rotan merotan. korang pernah kena rotan dengan cikgu tak? kalau tak pernah uh aku salute lah. kau ni memang budak cemerlang ataupun lebih kurang budak NERD! haha.

aku first time kena rotan dengan cikgu masa umur 5 tahun. masa tu aku sekolah tadika islam nurul ilmi. kecik2 dah pergi tadika. islam pulak tuh. kecik2 dah kena pakai tudung. bentuk muka bulat je pakai tudung masa uh. 

aku kena rotan bukan sebab tak siap keje sekolah. tapii sebab buat bising. kecik2 dah kecohkan satu kelas. patutlah bila dah besar jadi camni. haisshh wat malu jeh. selalunya cikgu uh marah je. tapi agaknya dia dah hilang sabar. dia rotan aku. masa tu cikgu uh demam. dia rehat kat bilik. tak tahu pulak aku bising sampai dengar suara aku kat bilik dia. minta maaf lah cikgu. tapi kalau cikgu uh cakap awal2 dia demam. kot2 lah aku tolong jaga kelas uh supaya senyap ke. haha dah kena rotan baru nak pikir strategi. sia2 jeh.

lepas kena rotan. aku duduk kat tempat aku balik. aku pandang orang sebelah aku. dia cakap kat aku padan muka!. aku bengang aku cuubit tangan dia sekuat hati. pastu dia diam dan nangis senyap2. dia takut cikgu nampak dia nangis sebab dia takut kena marah nan aku. haha! kecik2 dah wat orang takut.

masa kat sekolah rendah. aku kena rotan jugak. masa uh darjah satu. awal tahun kot. kena rotan dengan cikgu BI. miss ashikin tak silap. kena rotan bukan sebab tak siap keje sekolah. sebab yang sama. buat bising. budak2 sume wat homwek. aku wat bising sambil wat homwek. ok perr. dari buat bising tak siap homwek. teacher uh bengang panggil aku nan beberapa orang pergi depan kelas. dah abes kena bebel. pastu kena rotan. teacher tu boleh dikategorikan antara cikgu2 tergarang kat sekolah uh. lepas kejadian uh. aku langsung tak pandang cikgu uh. haha teruk teruk.

lepas insiden uh. aku wat2 biasa. aku tanye sorang budak laki kat kelas aku uh. tanye pasal homwek. tapi jawapan dia wat aku sakit hati. dia cakap padan muka kat aku sebab kena rotan. lepas tu. aku sumpah2 kat dia yang aku lepas ni tak kan tanye dia pasal pape pun. aku akan jadi lebih hebat dari dia. dan akhirnya memang aku lebih hebat dari dia pun. muahahaha!

kat sekolah menengah? entah tak ingat pulak. kalau kena rotan tak dapat jawab soklan tu memang perkara biasa. tapi bila aku kena rotan sebab bising. aku jadi bengang. hailaa kecik2 dah bengang nan orang. XD

korang ada tak memori camni?

MU BACO MU PIKIR BANYOK2 :)

copyright@nisakhamidi