sume orang tengah hot-eh pasal 'kena' balik asrama. kembali ke sekolah. dan segala bagai yang berkaitan dengan sekolah !
meh sini aku citer satu hikayat. pasal kehidupan manusia zaman metropolitan neh. kisah benar yang tiada taranya melainkan benar yang sebenar-benarnya. #waa jangan paham. terbelit kang neuron korang.
kisah ini diambil sempena mata aku melihat mereka mereka yang tak sedar dan tak kisah bahawa aku sedang melihat kerenah mereka. ecehh. benda camni pun boleh terjadi walaupun semakin hampir diambang pembukaan tirai tahun 2012.
ni aku panggilkan sebagai satu kes. aku terpikir. nak salahkan pengurusan or pengguna or perkhidmatan sebuah badan tu sendiri. * perkhidmatan uh sama jelahkan nan pengurusan. aku ni sebagai kakak yang ditugaskan ke hulu hilir kat setiawangsa tuk ambil barang bantuan sekolah adik adik aku. empat kali aku pergi dalam jarak minggu yang berlainan, empat kali tu jugak berbondong bondong orang ramai kat office uh. aku pun dah naik bosan tengok muka kakak yang urus benda benda tu. apa boleh kata. LEMBAB . pengurusan lemah. buat macam bapak kau je yang bagi bantuan tu sume. huh. getus hati aku macam tu. tapi bila pandang satu dinding uh. terpampang satu nota tulis '' SABAR SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN '' . hesh, terkeno eden. aku sebenarnya tak reti tahankan hati supaya sabar. okay aku pun mula sabar bila terasa panass je hati neh tunggu pengurusan yang lembab uh.
macam macam ragam aku tengok pak cik mak cik anak pak cik cucu nenek. aku kata pengurusan kat sana lembab. sebab empat orang je yang buat kerja tuh. lagipun office tu kecik. aku pun pelik. tak penat ke orang tu daripada bulan 11 sampai sekarang macam tu je pengurusan. ada satu hari, sampai mengamuk pak cik uh tunggu giliran dia nak tolong amekkan bantuan untuk cucu dia. aku bangga jugak ada orang camtu. berani buat luahan hati. penat ouh nak tunggu. macam rusuhan kaum! tapi ni rusuhan bantuan. diorang ingat kitorang ni kerusi kat situ ke. memang setiap masa duduk bersabar kat situ. tak pikir ke orang adahal. apsal lah tak buat banyak banyak orang tolong uruskan benda uh. cepat jugaklah pengurusan dorang. takde lah pak cik mak cik atok nenek buat muka toya menunggu.
tengok muka kakak yang uruskan tu macam familiar. macam budak ex-smakl pun ade gak.
kadang kadang ade jugak orang orang yang ala ala sebaya aku datang amek barang bantuan pakai baju nak bajet hot je. gaya tulah gaya nilah. baju macam nak hangout nan kawan. mekap kemain lagi.padahal masuk office cenonet tu je. lagipun nak amek barang bantuan. yang pandang kau pun mak cik pak cik gak. kalau yang sebaya kau pun maybe dah kapel. tak pun buat sakit tekak buat pedih mata pandang kau. haha! itupun nak berfesyen. helloo aku pun kuar baju cantik cantik gak. masalahnya nak gi pejabat cenonet tu. buat pe pakai lawa lawa. macam orang kaya bankrap mintak bantuan. ada tu jugak. yang mak orang ni sawan time tu. memang kibutlah orang ramai kat situ. aku pun tak tau nak buat pe. sebab aku bukan pandai hal cenggitu. takkan nak jadi hero kat situ.
bila aku pikir balik. ouh camnilah nanti aku besar. tak kenal umur. orang akan kritik kerja kite. dulu zaman sekolah. cikgu kritik kite. kawan2 kritik kite. sekang ni tak kiri umur. budak2 pun boleh je kritik kite. papehal pun ubah pendirian. tingkatkan azam ! cewahh
# gaya cam buat cerpen pulak. almaklumlah otak seni~ tett! bajet nisak bajet.