love

Sabtu, 3 Disember 2011

.: ini maluu ouh! :.

kalau malu buat pe gitau orang kan? haa tu dulu sekarang tak.
citer dia camni. aritu ade pasar malam. member lama aku ajak laa sebab dah lama tak jumpa. then dia ajak la pergi pusat tusyen kitorang masa UPSR dulu. saje nak tengok perkembangan pusat tusyen tuh.

rasa janggal lak masuk situ. nampaklah pengurus pusat tusyen tu. kitorang kenal lah. dulu boleh dikatakan rapat la dengan pengurus tu. saje mintak borang. nak tengok2 borang untuk budak nak amek SPM.---> woo, aku nak SPM! tak caye >.<

aku pulak time tuh tengah usha2 papan2 yang tergantung kat dinding kat situ. tetibe pengurus a.k.a cikgu tu tegur.

cikgu: ni khairun nisak ke? (pandang ke arah member aku)
member: tak. tu nisak (tunding kat aku)
*aku dah cuak pulak
cikgu: ni sape?
member: hamizah
cikgu: oh yaa hamizah. (diam jap). ni yang lari masa tu kan.
aku: *adoii cikgu ni ingat pulak peristiwa huduh tu. haha! yeye cikgu (malu ouh!)
member: haah la! (gelak) weh malu!
aku: camne cikgu boleh ingat? kitorang dah lama tak tusyen kat sini.
cikgu: ehh mestilah ingat. dulu kecik je. sekarang dah besar.

hoh! peristiwa tu camni. masa tu hari cuti. tusyen waktu pagi. aku nan member aku tusyen subjek pe tah mase tu. then, subjek nextnya malas nak pergi. rancanglah nak ponteng. ponteng pun bukan gi mana2 pun. bukannye pegi CC ke SM ke. just dok sekolah jeh. sekolah tempat belajar + lepak mase hari cuti. entah camnelah boleh terkantoi. orang len bole pulak ponteng tapi tak kantoi. kitorang ponteng kantoi!. cikgu ni perhatikan kitorang ke? aiyaa. yang tak bole blah. habes kecoh satu pusat tusyen tu. mang padah la masa tu. pe nak buat. nasib badan. nak dekat UPSR tak sedar sedar diri tu lagi.

emm tapi boleh jadikan pengalaman kan. tak tau laa aku ni dikategorikan sebagai ape. budak baik, jahat, fifty-fifty? entahlaa..
senang citer nak buat jahat. jangan rapat rapat nan cikgu. nanti cikgu tu perhatikan korang. habes laa dia dapat bau korang walaupun jaoh jarak sampai 10 batu!


MU BACO MU PIKIR BANYOK2 :)

copyright@nisakhamidi