bismillahirrahmanirrahim =)
salam maulidur rasul.
اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد
haritu, time stay spm, budak dorm H tiba2 cakap pasal kedudukan anak. orang sume dok baca buku, kitorang bukak silibus luar SPM. bosan dah kot baca buku time tu. relax jap otak. pastu fight anak keberapa bagus. haha buat malu jeh. pastu men kira kira batch kitorang ade bape ramai anak yang keberapa tu same. bila kira, anak kedua ramai ouh. kalah aku. aku anak ketiga. sifat nak menang tu ada dimana-mana. haha!
ni haa try tengok ciri ciri yang ada pada empunya diri tu.
- Unsur Tanah - Anak pertama
- Unsur Air - Anak kedua
- Unsur Api - Anak ketiga
- Unsur Angin - Anak keempat
dan ulang unsur tu mengikut kedudukan seterusnya
Sifat anak berunsur tanah
- Pendiam, pendengar yang baik,penyabar dan setia.
- Tidak mudah membangkang, dengar kata dan boleh dibawak berbincang.
- Berpewatakan manis, lembut hati, suka memendam rasa dan sensitif
- Tidak banyak karenah, tidak cerewet , menghormati orang lain, rendah diri dan tidak sombong
- Suka pendam rasa marah sampai satu tahap boleh meletup (seperti gunung berapi)
- Lambat dalam menyelesaikan sesuatu tugasan
Sifat anak berunsur air
- Sentiasa tenang dan menyejukkan perasaan orang lain
- Membuat kerja dengan teratur, teliti dan pantas
- Keras kepala, sukar dilentur dan dibentuk. Dia je yang nak menang.
- Manja, lembut hati dan sensitif
- Air yang tenang, jangan disangka tiada bah !!Mood yang mudah berubah2
Sifat anak berunsur api
- Semangat yang tinggi, sangat aktif dan berkobar
- Sangat teliti dan berwaspada
- Suka menyakat dan mengenakan orang lain
- Panas baran dan mudah melukakan hati orang lain
- Sangat kuat cemburu
Sifat anak berunsur angin
- Melembutkan hati orang lain
- Mood berubah2 ikut suka hati dia je
- Suka menolong orang dan boleh memberi kerjasama
- Suka membuat hal sendiri dan keras hati
- Suka mempamerkan perasaan sekiranya tidak puas hati
komen: waihh, anak ketiga ada panas baran. ditambahnya senang lukakan hati orang. err, teruk teruk. aku ade citer pasal panas baran , tukar tukar, cam teruk je perkataan tu. pemarah sedap sikit. sifat pemarah ni takde la aku nak sebati dalam diri. tapi dari kecik orang dah anggap aku garang. hah dari tadika tu. aku ingat lagi, aku suka buat bising dalam kelas masa tu umur 5 tahun. kena pulak aritu ustazah aku sakit demam. bila beliau kuar , dari bilik beliau dengan rotan disebelah, beliau tanya dengan nada marah, 'sape yang buat bising tadi?' dan sume tunjuk kat aku. sekali kena rotan ouh. suma terus senyap. letak kepala atas meja. ikut je cakap cikgu. haha budak budak, bila kena senyap je, letak kepala atas meja. time tu budak sebelah aku tunjuk tanda 'padan muka' kat aku. tanda yang selalu budak budak buat. bagi aku tu tanda yang sakit hati. panas je aku tengok budak tu. apalagi terus aku cubit tangan dia yang tembam tu. siap bagi amaran, 'kau bagitau ustazah, siap kau!' budak tu terus nangis dalam diam. makin dia nangis, makin kuat aku cubit. rasanya budak tu tak sanggup duduk sebelah nan aku sebab lepas tu cikgu arahkan budak tu dok tempat lain. ni mesti budak tu ngadu. ciss. harhar jahat sungguh aku masa tu. tak padan nan kecik. dan seterusnya orang labelkan aku budak garang. sadis tol =,=
p/s: harap orang dalam mimpi aku tu crush aku =D lebih pada crush pun takpe. haha! boleh pulak insiden dia time ceramah maulidur rasul -,-'