love

Isnin, 28 Januari 2013

kelas pertama, boleh la...

heyyoo =)

aku ni baru aje dok amek lesen memandu. belajar motor no hal. belajar kereta, perghh panas tapak kaki aku. lenguh ouh. manual laa katekan. pengalaman aku mula mula bawak kereta, cuak kemain lagi sebab member aku sebelum ni di-train cikgu yang sama, kata cikgu tuh garang der. dalam hati, muka nampak peramah sekali dikatakan garang. aduhh cuak laa. kang kena bebel aku bukan boleh tahan. muka menyampah je aku bagi.

dengar arahan dari cikgu betul2. takut dia maki hamun aku pulak. hah tengok persediaan kemain lagi. bawak  dengan perlahan bak kata cikgu tu. tapi aku tak tahan sebab cam lembab sangat, aku nak gak bawak laju. kena marah sebab bawak laju, baru kau reti drive dah nak bawak laju hambooii.

lama lama aku dah tak larat nak pusing stereng. mula laa aku tak fokus bagai. aku pusing ikut sedap aku jee. sampai cikgu tu pun pelik, aku dah boleh drive awal2, dah nampak pro tetiba jadi camtu pulak. tak kena bebel sangat tapi macam2 lafaz orang alim cikgu tu kuar. haha! sabar jeh cikgu tu tengok aku. aku diam jeh. takkan laa aku nak kata aku dah tak larat. kang maki hamun pulak yang kuar. cikgu, saya dah tak larat nak pusing2 kereta. saya pusing ikut sesedap rasa sebab nak tunjuk saya ni dah tak larat hehe. apa yang dia bebel aku dah tak dengar. pandang depan pun dah bosan. cepat gilaa aku hilang fokus. camne laa nak bawak kereta kat jalan besar nanti. silap haribulan tak sampai 5km aku dah.. nauzubillah.

nasib baik laa nan aku cikgu tu tak garang. siap belanja air lagi tuh. terima kasih cikgu. esok lusa tulat bile2 nanti saya tak buat perangai. kena wat senaman tangan dan kaki neh. *doh tu pun kau lembik* ade aku kesahh? cikgu komen. 'lepas ni boleh bawak? baru hari pertama, boleh laa' . aku sengih macam monyet dan geleng. haha! tapi cikgu tu bagi kepercayaan kat aku yang sekurang-kurangnya aku boleh bawak kat jalan raya =D dalam hati aku cakap, gila! aku baru belajar dah nak bawak kat jalan raya. tak memasal aku langgar orang.

lesson : belajar tadi aku suka masuk lorong orang. lorong sendiri ada nak jugak rembat lorong orang -.- '



MU BACO MU PIKIR BANYOK2 :)

copyright@nisakhamidi